BACHOK — Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan kini sedang mengesan
keluarga keturunan Raja Jembal yang dipercayai ramai menetap di luar
negeri ini, untuk menganggotai pertubuhan itu.
Yang Dipertuanya, Nik Yusoff Nik Mohamad berkata, pertubuhan itu mahu
menghimpunkan keluarga keturunan Raja Jembal dan menjalankan aktiviti
berfaedah untuk mereka termasuk kebajikan masa depan anggotanya.
Nik Yusoff berkata, Raja Jembal menduduki takhta pemerintahan Sultan
Kelantan sekitar 1638 hingga 1721 yang bermula sebagai pemerintahan Raja
Sakti dan menetap di sekitar pekan Kedai Lalat, dekat sini, yang kini
dikenali sebagai Kota Jembal.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kota Baharu
(MPKB) yang menamakan pasar besar di Kota Jembal sebagai Pasar Kota
Jembal.
"Ini merupakan suatu penghargaan tidak ternilai kepada anggota
pertubuhan kerabat diraja itu, khasnya kepada generasi muda mengenai
asal usul sejarah awal kesultanan Kelantan,” katanya.— BERNAMA
kredit to 17/04/2012 1:56pm kosmo online
kredit to 17/04/2012 1:56pm kosmo online
''bukan kita ke cikAnon? hehehe...''
durhakaaaaa |
patik rasa, patik la keturunan itu...
ReplyDelete