Thursday, June 14, 2012

Friday, April 20, 2012

First solid food for Aisya

Since Putri Aisya dah umur 6 bulan this month, kelam kabut aku plan apa nak bagi dia makan untuk permulaan.

Walaupun Aisya nie anak kedua, aku mcm terlupa pengalaman masa memberi Maisarah solid food dulu. Terukkannnn...

Buat masa nie aku hanya bagi Aisya makan Cerelac Stage 1 Beras (plain) untuk permulaan.

plain

Hingga hari nie, dah dua tin habis. Hm...agak menyelerakan jugak la bagi lidah Aisya agaknya.

Semalam cuba Cerelac Stage 1 perisa Beras + Susu pulak.

plus susu

Tapi Aisya makan nak-tak-nak jer....huhu...why la? Tak sedap ke? Aku cuba rasa, sedap jer. Bukan sekadar sedap jer, sedap sgt sebenarnya....cuma teksturnya agak kental, tak cair mcm perisa plain tu.

Takpelah, bagi makan biskut baby je la wat alas perut in case dia tak kenyang. Alhamdulillah...habis dua keping jugak walaupun yang bersepah jatuh ke lantai sama banyak yang dah selamat masuk ke mulut dia.

Oh ye, aku bagi Aisya pegang sendiri kepingan biskut nie....tapi aku monitor la semasa dia makan.

biskut kegemaran Maisarah juga....sama naik dengan adik

Tup-tup...kul 1.00 paginya suhu badan Aisya naik...panas sangat kepala dia. Pakaikan Kool Fever, bagi minum air campur ubat demam dan bukak air-cond dengan harapan dia akan selesa dan tidur lena.

Nak demam rupanya...patut la tak selera...

den domammmm...


demam punya pasal, kul 8.30 pagi pun belum bangun lagi....

Putri : Demam nak tambah bulan nie Ma....esok lusa Aisya dah 7 bulan.

ABC...mari belajar membaca dengan Putri

Like mother, like daughter.

Macamana aku sukakan buku, begitu juga anak aku, Putri Maisarah. Tapi buku2 dia takde la novel2 macam aku baca nie....

Buku2 dia tu ibarat permainan. Boleh ditendang2 mcm bola. Boleh dibaling2 mcm kapalterbang. Boleh dipijak2 mcm alas kaki. Boleh bawak masuk bilik air jugak kalau tak kena gayanya.....

Kalau kena mood dia yang rajin nak membaca tu, satu2 dia selak dan sebut objek2 yang mewakili ABC tu dengan jelas dan terang, mengikut pemahaman dia. Pemahaman seorang kanak-kanak berumur 2 tahun setengah.

Semalam....dia pegang buku nie. Aku dengarkan je la dari jauh dia baca satu2.

dah buruk buku Alphabet nie....menunjukkan rajinnye kakak membaca...*hnfhsssss

A!! Owam.....B!! Melon

Apa saja bentuk manusia yang Maisarah tak sure, dia akan kata tu ''owam'', means ''orang''.

C!! Gambar....D!! er....(takde jawapan)

Kadang2 objek yang mewakili huruf tu terlalu advance bagi Maisarah....huhu...C for Gambar tu aku yang ajar...sebab dia tak reti sebut kamera =p. 

D for Dadu tapi Maisarah asek lupa every times tgk gambar nie.  
Try againn.

E!! telur...F!! meleka

Of course no mistake for alphabet E. Telur adalah makanan kegemaran dia...

Meleka is merdeka....hm, no idea kenapa dia panggil bendera as merdeka. Tapi ok je, masih releven. Hehe...

Tapi....tetiba telinga aku menangkap satu ayat nie...

Maisarah : ''Hello Kitty". Mama....ni Hello Kitty.....  

Aku : Ok, mana?

Dia pun terkedek2 datang ke arah aku dan hulur buku...

erkkkkkk? Hello Kitty????


......dan jari kecil itu tunjuk ke arah alphabet H.

this is helicopter....ehh, hello kitty...ehhh, heli kiti....eh ehh...


Ok, kena masuk kelas intensif lagi ni ye Maisarah.

aduiii...malu!

Putri : Ala...silap sikit je tu ma........

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday #3

sayuppppppp

sumber dari FB.

betul ke ada construction tinggi mcm ni di Mekkah..

tinggi sangat nih kot...

sayup-sayup dah nampak Kaabah tu...

rasanya nie gambar dari hotel yang ada jam besarrr tu kot.

 


Ehhh...lupa lakk....kan nie wordless wednesday, apesal banyak kata-kata lakkk?

haaa..tinggi mcm nie laaa....

Putri : Bila mak ngan abah nak bawak Putri2 ke Mekah nie?

Tuesday, April 17, 2012

Kerabat Raja Jembal cari anggota keluarga


BACHOK — Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan kini sedang mengesan keluarga keturunan Raja Jembal yang dipercayai ramai menetap di luar negeri ini, untuk menganggotai pertubuhan itu.

Yang Dipertuanya, Nik Yusoff Nik Mohamad berkata, pertubuhan itu mahu menghimpunkan keluarga keturunan Raja Jembal dan menjalankan aktiviti berfaedah untuk mereka termasuk kebajikan masa depan anggotanya.

Nik Yusoff berkata, Raja Jembal menduduki takhta pemerintahan Sultan Kelantan sekitar 1638 hingga 1721 yang bermula sebagai pemerintahan Raja Sakti dan menetap di sekitar pekan Kedai Lalat, dekat sini, yang kini dikenali sebagai Kota Jembal.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang menamakan pasar besar di Kota Jembal sebagai Pasar Kota Jembal.

"Ini merupakan suatu penghargaan tidak ternilai kepada anggota pertubuhan kerabat diraja itu, khasnya kepada generasi muda mengenai asal usul sejarah awal kesultanan Kelantan,” katanya.— BERNAMA

kredit to 17/04/2012 1:56pm kosmo online

''bukan kita ke cikAnon? hehehe...''

durhakaaaaa
Putri : Dah lama mak saya tak balik kampung dia.....memang cucu derhaka la mak saya nie...***nguapppp

Novel review : Sebenarnya Saya Isteri Dia by Zura Asyfar

apesal tulip? selalunya ros
Selesai sudah membaca novel ini. Tersangatlahhhh sweet jalan ceritanya.....tebal woo sampai 800++ mukasurat. Ntah baper malam aku berkampung atas katil nak ngabiskan novel nie..

Selalunya susah aku nak beli novel terbitan selain dari Karangkraf or Alaf21. Novel nie terbitan Karya Seni. Terbeli pun sebab terpengaruh dengan hasutan seorang kakak kat Popular Bookstore tu. Sungguh-sungguh dia yakinkan aku bahawa buku nie best sangat. Tak pasal-pasal aku sambar satu lagi novel. Memandangkan Popular ade bagi discount bagi cardholder, why not kann....

Untuk novel nie, aku bayangkan Amran Ismail as Firash/Acad. Untuk watak Syaf, mungkin Tizz Zakyah seswai kot since Syaf/Qira tu bertudung dalam novel nie. Yang penting, watak Firash tu haruslah lebih mudaaa dari Syaf.

Amran Ismail who???

Sape tengok slot Akasia TV3 Cinta Buat Emelda pemegang watak Emeriz tu...tu la diaa....kerek kan dia....sama la lam novel pun...watak Firash tu kerek sangat.

Panjang sungguh mukadimah aku.....oklah, aku bagi ***** (5 stars tu beb!!)

Sinopsis:-

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?




yeyeyeye....
 Putri : Tak rugi mak saya beli =)

Thursday, April 12, 2012

Alhamdulillah....

Gambar ehsan dari Cik Google
Bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk kita menyiapkan diri sebelum pulang ke 'tempat' asal. Masih banyak lagi bekalan yang diperlukan yang kadang-kadang kita leka dan alpa tentangnya..