Friday, April 20, 2012

First solid food for Aisya

Since Putri Aisya dah umur 6 bulan this month, kelam kabut aku plan apa nak bagi dia makan untuk permulaan.

Walaupun Aisya nie anak kedua, aku mcm terlupa pengalaman masa memberi Maisarah solid food dulu. Terukkannnn...

Buat masa nie aku hanya bagi Aisya makan Cerelac Stage 1 Beras (plain) untuk permulaan.

plain

Hingga hari nie, dah dua tin habis. Hm...agak menyelerakan jugak la bagi lidah Aisya agaknya.

Semalam cuba Cerelac Stage 1 perisa Beras + Susu pulak.

plus susu

Tapi Aisya makan nak-tak-nak jer....huhu...why la? Tak sedap ke? Aku cuba rasa, sedap jer. Bukan sekadar sedap jer, sedap sgt sebenarnya....cuma teksturnya agak kental, tak cair mcm perisa plain tu.

Takpelah, bagi makan biskut baby je la wat alas perut in case dia tak kenyang. Alhamdulillah...habis dua keping jugak walaupun yang bersepah jatuh ke lantai sama banyak yang dah selamat masuk ke mulut dia.

Oh ye, aku bagi Aisya pegang sendiri kepingan biskut nie....tapi aku monitor la semasa dia makan.

biskut kegemaran Maisarah juga....sama naik dengan adik

Tup-tup...kul 1.00 paginya suhu badan Aisya naik...panas sangat kepala dia. Pakaikan Kool Fever, bagi minum air campur ubat demam dan bukak air-cond dengan harapan dia akan selesa dan tidur lena.

Nak demam rupanya...patut la tak selera...

den domammmm...


demam punya pasal, kul 8.30 pagi pun belum bangun lagi....

Putri : Demam nak tambah bulan nie Ma....esok lusa Aisya dah 7 bulan.

No comments:

Post a Comment