Wednesday, April 11, 2012

Tuesday, April 10, 2012

Ketuat oh ketuat

Ketuat terakhir kat badan Maisarah hanya tunggu masa untuk meletup je. Pagi tadi sebelum mandi, tengok ada sikit bekas darah melekat di pampers.

ketuat nie di belakang badan...dah berdarah sikit
bengkak....nak meletusss
ketuat terakhirku...

Lepas mandi, berperang pulak dengan dia nak pakaikan pampers. Aku kena lipatkan ke bawah sikit so that tak tertutup ketuat tu.

Kesian dia....hehe. Ketuat nie tak sakit cuma dia takut jer. Tambah lagi dah membengkak dan keluar darah sikit-sikit. Tengok ekspresi muka dia yang cuak setiap kali aku nak 'rawat' ketuat tu dah cukup la. 

Apa yang aku boleh buat masa nie, keep on sapu minyak Jerslin Power Oil tu la. Sebenarnya dah agak lama aku terlupa nak sapu ke ketuat terakhir nie...tapi last week aku start sapu balik. Hasilnya, ketuat terakhir nie nak meletup dah.

Lepas nie, takde modal la untuk Maisarah gentel masa dia isap susu. Kalo tak, bijik ketuat nie la yang dia dok gentel2 dengan nikmatnya masa isap susu.

Nie aksi Maisarah masa dalam kereta. Baju tu dia lipat sebab takut terkena darah katanya.
Posisi dari belakang lak
Kasik zoom sikit.....I Love Mama
Dah sampai nursery, aku pesan kat cikgu untuk bukakkan baju dan seluar dia je. In case ketuat meletup, darah takde la kena kat baju seluar dia.

Hopefully takde ape2 yang tak elok berlaku............

Berakhir jugak penyakit ketuat anakku ini setelah setahun..penyakit yang takde ubatnya walaupun dah mcm2 pakar kulit aku terjah....aminn!!


see.....hundreds of ketuatsss on my face

Monday, April 9, 2012

Anugerah Ini Untuk Aaronators!!!

Tahniah....seperti yang dijangka. 

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011.


sweet couple!

You deserved it bro!!

Friday, April 6, 2012

Dimanakah Titik Tengah Semenanjung Malaysia?

The answer is KUALA LIPIS, PAHANG, MALAYSIA. *Kampung Tokti nie....

kole lepeh...

Pernahkah anda terfikir di manakah kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia serta apakah kepentingannya kepada negara dan penduduk setempat? 

Sebelum ini, ada dua pendapat popular mengenai kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu di daerah Lipis dan Kampung Kertau, Maran di Pahang.

Kampung Belimbing yang terletak di Lipis dianggap titik tengah Semenanjung Malaysia sejak pemerintahan Inggeris lagi. Malah, jika berkunjung ke lokasi ini, anda boleh menemui batu penanda `0' kilometer yang menjadi rujukan jarak ke seluruh negeri di Semenanjung.

Tapiii....ada percanggahan pendapat yang mengatakan titik tengah Semenanjung Malaysia sebenarnya terletak di Temerloh, Pahang.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TitiktengahSemenanjung/Article/index 

Kaedah Penentuan Lokasi Titik Tengah

Pada tahun 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah.

Berdasarkan rupa bentuk muka bumi tanah Semenanjung
- melakukan pengiraan dengan menghubungkan titik-titik pada bahagian paling hujung Semenanjung menggunakan garisan di mana titik tengah Semenanjung Malaysia dikenal pasti berdasarkan pertemuan garisan berkenaan iaitu di Hutan Simpan Ulu Cheka, Lipis.

Pengiraan jisim - pengiraan jisim secara abstrak dengan mengandaikan kedudukannya pada x bersamaan 63626.711462 dan y (446971.55564) iaitu di Jerangsang, Benta, Lipis.

Kaedah matematik - menghubungkan titik paling jauh dengan titik paling dekat menggunakan 37,371 titik iaitu di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh.

Temerloh-Titik Tengah Semenanjung Malaysia

Kerajaan negeri memutuskan cara terbaik menentukan titik tengah ialah

Berasaskan kepada keputusan yang boleh dicabar secara saintifik supaya ia dapat dibuktikan dan lebih praktikal.
Penentuan itu juga dibuat dengan mengambil kira kedua-dua lokasi terdahulu yang menggunakan kaedah rupa bentuk muka bumi dan pengiraan jisim terletak di kawasan hutan dan sukar dikunjungi.
Dari segi `common sense', kedudukan Lanchang, Temerloh memang terletak di antara Lipis dan Maran.
Mengambil kira kedudukan stesen Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) dan PULARES yang secara strategiknya terletak di Temerloh.
Dari segi jarak perjalanan, Temerloh terletak tengah-tengah iaitu antara Kuantan dan Kuala Lumpur atau antara pantai barat dan timur
Oleh itu, kerajaan negeri telah memutuskan bahawa Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia.
http://www.mpt.gov.my/titiktengah;js...2DDF1EE09A899F

Pure Collagen Powder (Gogen)

Collagen anyone? Currently tengah usya yang ni. Nama dia Gogen. So far buat research sikit-sikit pasal product nie, semuanya positif feedback

Target nak beli bulan depanlah.

nak terai sebotol dulu...yang 20gm

Ok, nantilah kita update lagi pasal produk nie. Minah, nak join tak?

Kisah IC Aaron Aziz

Kecoh kejap dunia hiburan Malaysia nie dengan tersebarnya IC Aaron Aziz. 

kredit to Balbo Cari Forum

Kamon la korang.....apa salahnya nama Haron tu kan. Ishhhhh...kecik hati Harun Salim Bachik tau. Kalau betul pun nama Aaron sebenar tu Haron, takde isu kot. Sebagai artis mesti la nak ada nama yang ala2 komersial gitu kan. 

Sape yang penah tengok kad pengenalan macam kat bawah nie? Dah tersebar lamaaaa dulu dah tapi sebagai bahan lawak la.

err....Batman bin Suparman
See...nampak sangat disuperimposednye IC si Batman nie. Kesian Batman....

Pagi tadi, kat Hot.FM dengan machonya Abg Aaron dedahkan IC originalnya secara ekslusif kepada peminat-peminatnya. Kan betul nama dia Aaron....takkan kad tu tipu pulak kan.

Oh Abg Tapa....=p (kredit to suria.com.my)

Ape-ape pon isu nie saje dikecoh-kecohkan. Maklumlah hujung minggu nie kan ABP....Nie la wajah bakal Bintang Paling Popular kita...

I lap u abg aaron....okbai!!

Cincin oh cincin...

Hasil kerja tgn tukang emas dari perancis, Philliphe Tournaire.

Sape berani buat cincin nie as cincin kawen ke...tunang ke...risik ke...CikAnon, suruh FM belikan yang ade gambar masjid tu wat cincin risik nnt..haha.

Philliphe Tournaire
amekkk.....helikopter pun leh mendarat atas nie
bangunan pejabat kerajaan Putrajaya pun ade