Friday, April 6, 2012

Cara-cara wanita pakai gaun pada tahun 1860

Only one word : SEKSA!!!!

Step 1 : buat serkup buluh
Step 2 : sarungkan serkup buluh
Step 3 : err...maid tu baca doa2 ke?
Step 4 : ok, sarung lak gaun pakai chopstik tu
Step 5 : taraaaa...jom berparti katanya

Opss...nak ke tandas la plakkk!! Bukak balik..bukak semua balik. 

Done.

Repeat Step 1 until 5 yer.

Selamat berparti!!

Sekeping gambar dua suasana

Fuhh! Ini sungguh illusi optik. Aku kena tengok dua-tiga kali baru faham maksud gambar nie....ingatkan memang ada dua keping gambar tapi sebenarnya itu adalah gambaran dalam sekeping gambar sahaja.

See, betapa dekatnyeeeee rumah itu dengan pantai dan betapa besarnyeeeeee kapal itu.

Kapal besar itu adalah pasha bulker yang hanyut dan terdampar tepi pantai Nobby, sebuah desa di Australia pada June 2007 disebabkan cuaca buruk sewaktu kapten kapal tengah breakfast.

Dan semenjak itu desa ini jadi tarikan pelancong.

kapal lagi besaqq dari ghumah, apa kejadahnye?






Agaknya kapten kapal yang cuai nie dikenakan tindakan tatatertib tak?

Muka budak perempuan yang di gigit anjing

Abbie Varrow berusia 5 tahun sedang bermain trampolin tepi pagar rumah jiranya bila secara tiba tiba seekor anjing jenis Alsatian melompat pagar dari rumah sebelah dan terus mengigit muka Abbie.

Serangan anjing itu hanya 3 saat tapi pakar surgery terpaksa mengambil masa hingga 2 jam menjahit luka Abbie dengan 60 jahitan.

Bila tersedar selepas operation, Abbie terus meminta cermin dan berkata sambil tersenyum,

''what a mess..it feel funny''.

Brave little Abbie!!!

anjing jahatt!!! debushhhhhhh

Tempat paling senyap di dunia!!

Bilik ini dinamakan anechoic chamber. Orfield Laboratories' 'anechoic chamber' terletak di U.S merupakan 99.99% sound absorbent.

Rekod paling lama manusia boleh berada dalam bilik ni adalah 45 minit sahaja. Dalam bilik ini, ''kita sendiri yg jadi bunyi''....bunyi nadi kita, bunyi jantung kita, bunyi perut kita, hinggakan kita jadi tak sanggup untuk berdiri dan duduk.

Bilik ini digunakan oleh banyak pihak antaranya NASA untuk menguji tahap mental angkasawan mereka dan Harley Davidson yang menguji agar enjin motor mereka sesenyap yang boleh, tapi masih berbunyi motor Harley.

Banyak ujikaji dan prototype telah di lakukan dalam bilik ini. Orang kata silent is golden tapi dalam bilik ini, selepas sahaja 10 minit, kita akan mula berhalunisasi (dalam bahasa lain, jadi tak betullll....jadi separa gila mungkin).

Kamu berani nak cuba? Jommm....cuba tengok gambar je laa...

ada sijil hokkayy...
agaknya, bunyi peluh menitik pun leh dengar..*tap...tap....

sound absorb tu dia pakai kayu ke kadbod eh?

Antara yang boleh didengar nanti...
- bunyi telan air liur
- bunyi darah mengalir dalam badan...*erkkk?
- kalo kentut angin yang paling senyap pun kompom pedih telinga dengar =p *oktakkelakar
- orang bercakap dalam hati *oktipu

 

Embun di hujung daun

Lagi gambar awesome...yang amek gambar nie mesti betul2 pakar makro. Kamu ade ke Cik Anon?

Hasil dari kamera Canon 7D, Canon EFS 60mm f2.8 macro lens dan Canon EF25 II extension tubes, as well MT-24EX flash milik Sharon Johnstone.

Selamat cuci mata....

mcm pearl...
nampak tak sarang labah-labah tu?
kalau mata kasar, mesti nampak sebutir embun jer...sbnrnya banyakkkkkk
lagi banyakkkkkkk
belek-belek-belek *ade tinkerbell tak lam embun nie?

Tuesday, April 3, 2012

Dubai yang berkabus....

Subhanallah....cantiknye suasana berkabus kat Dubai nie. 
Macam terapung-apung je semua bangunan tu.
Gambar yang awesome nie diambil oleh British property developer, Ian Powell.

Tebal betul kabus dia. Dah nampak macam karpet plak...
 
Bilakah akan ku jejak kakiku ke tanah Dubai nie...=p